Sahabat yang ku sayangi ingatlah Allah amat
sayang kepada hambanya. Tatkala kita sedih kembalilah kepada Allah. Tatkala
ditimpa musibah kembalilah pada Allah. Tatkala diuji dengan ujian yang tidak
boleh ditanggung oleh kita kembali lah pada Allah. Bersyukurlah kita kerana
Allah masih sayang kepada hambanya. Allah menguji seseorang hambanya bukan
bersahaja, tetapi dia ingin menguji sejauh mana hambanya boleh bertahan. Di
dalam kitab suci Al-Quran ada menyebutkan, mengapa kita sering diuji???
“Apakah
manusia itu mengira bahawa
mereka
dibiarkan saja
mengatakan;
“Kami telah beriman,”
sedangkan
mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya
kami telah menguji orang-
orang yang
sebelum mereka, maka
sesungguhnya
Allah mengetahui orang-
orang yang
benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui
orang-orang yang dusta.”
~Surah
Al-Ankabut ayat 2-3~
Mengapa semua yang kita idamkan tidak
dapat? Allah sengaja tidak memberi kepada kita secara live atau secara langsung
kerana Dia mahukan hambanya dekat dengan-Nya. Kerana Allah maha mengetahui
setiap sesuatu. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang maha esa
sebaik-baik perancang.
“Boleh jadi
kamu membenci sesuatu
padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula
kamu menyukai sesuatu,
padahal ia
amat buruk bagimu, Allah
mengetahui
sedang kamu tidak
mengetahui.”~Surah
Al-Baqarah ayat 216~
Allah subhanallah taa'la mempunyai sifat
ar-rahman dan ar-rahim sifat maha pengasih dan penyayang.
Dia tidak
akan membebankan seseorang itu dengan sesuatu ujian melainkan hambanya boleh
menggalas bebanan yang diberi dengan kesabaran dan ketabahan agar darjatnya
sebagai seorang hamba Allah meningkat dan taqarrub hatinya pada Sang Pencipta.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya
orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada
kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan
kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat
al-Hakim)
“Allah tidak
membebani seseorang itu
melainkan
sesuai dengan
kesanggupannya.”
~Surah
Al-Baqarah ayat 286~
Tiap kali kita diberi ujian oleh-Nya
janganlah sesekali kita menyerah kalah mahupun berputus asa kerana Allah akan
sentiasa bersama kita. Kuatkanlah dirimu, dan berfikir bagaimana? bagaimana?
dan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu ujian yang diberi oleh-Nya, tanpa
merungut, menyalahkan takdir, apa lagi menyalahkan yang Maha Esa. Ingatlah
sahabatku Allah amat suka kepada hambanya yang kuat dan tabah. Tiada yang lain
yang dapat menolong kita selain Allah.
"Allah
hendak memberikan keringanan kepadamu,
kerana manusia diciptakan (bersifat)
lemah." -Surah An-Nisa', 4: 32-
“janganlah
kamu bersikap lemah, dan
janganlah
pula kamu bersedih
hati,padahal
kamulah orang-orang yang
paling
tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang
yang beriman.”
~Surah
Al-Imran ayat 139~
Bagaimana menghadapi semua ini tanpa
mengeluh, malah masih tersenyum tatkala ujian datang. Semuanya bermula dari
niat. Andai kita sebagai hamba memasang niat ikhlas kepada-Nya. Insya'Allah
bantuan-Nya akan tiba dengan izin dari-Nya. Sentiasalah memperbahrui niat kita
agar berterusan mengingatinya serta banyakkanlah bersabar dalam ujian-Nya.
Bermula dengan kisah rasulullah dan
seorang perempuan tua yahudi. Setiap hari perempuan tua ini akan menaburkan
najis dan duri-duri dijalanan rasulullah menuju ke masjid. Adakalanya kaki
rasulullah berdarah terkena duri-duri yang ditaburkan oleh perempuan yahudi
tadi. Suatu hari apabila rasulullah seperti biasa langkah ke masjid,di
perhatikan tiada duri-duri dan najis di jalanan. Perkara yang sama berulang
beberapa hari sehinggalah rasulullah mendapat berita bahawa perempuan tua itu
telah jatuh sakit. Maka rasulullah tanpa pernah ada rasa dendam menziarahi
perempuan itu dirumahnya. Melihat keadaan perempuan itu yang sakit, tiada
berdaya,rasulullah sendiri membantu dengan membersihkan perempuan itu, bahkan
rasulullah menyuapkan makanan ke mulut perempuan yahudi itu.dengan akhlak
rasulullah yang indah, akhirnya perempuan yahudi itu memeluk islam. Betapa
tingginya sifat kesabaran nabi terhadap karenah umatnya.
Kisah lain yang menceritakan tentang
kesabaran yang tinggi apabila diberikan ujian, Siti Maryam yang hidupnya penuh
zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka
Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini
dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa
tanpa sentuhan dari seorang bapa. Siti Maryam
menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk dan pasrah kepada sang pencipta . Biarpun
sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk
berpaling dari perintah Allah. Tanpa
sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak ,
apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang
dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya . Tatkala
mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan
menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa, "Tuhanku,
apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"? Debaran
semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari
yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui
perantaraan malaikat-Nya, "ALLAH
menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini
akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan
berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian."
Perjalanan
akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan
yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah
Allah. Dalam kalam Allah juga ada menyatakan bagaimana cara menhadapi
dugaan-Nya.
“Wahai
orang-orang yang beriman!
Bersabarlah
kamu (menghadapi segala
kesukaran
dalam mengerjakan perkara-
perkara yang
berkebajikan), dan
kuatkanlah
kesabaran kamu lebih
daripada
kesabaran musuh, di medan
perjuangan),
dan bersedialah (dengan
kekuatan
pertahanan di daerah-daerah
sempadan)
serta bertaqwalah kamu
kepada Allah
supaya, kamu berjaya
(mencapai
kemenangan).”
~Surah
Al-Imran ayat 200~
“Dan
mintalah pertolongan (kepada
Allah)
dengan jalan sabar dan
mengerjakan
sembahyang; dan
sesungguhnya
sembahyang itu amatlah
berat
kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk”
~Surah
Al-Baqarah ayat 45~
Akhir sekali, muhasabahlah diri kita agar
tidak terpesong jauh dari rahmatnya keran dengan muhasabah dirilah kita dapat
melihat kekurangan diri. Maka kelemahan diri itu dapatlah diperbaiki. Selain
itu kita dapat bertaubat serta meninggalkan kisah silam yang gelap dan mulakan
hari seterusnya dengan cahaya nur iman disulamkan cinta kepada Allah. Justeru,
dapat menggelakkan diri kita dari mengulangi perbuatan yang mungkar seterusnya
dapat mengumpul pahala amalan soleh dan yang paling penting sekali dapat
mempersiapkan diri kita menghadap Allah dengan qalbun salim serta bersedia
untuk dijemput dengan kematian. Seperti yang dikalamkan oleh Umar Al-khattab :
"Hitunglah
diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia
ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar,
sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan
muhasabah diri di dunia ini.