Sekasih Ibu Tercinta


      "kiniku tahu rasanya hidup dalam cahaya kasihmu... kiniku tahu rasanya menemukan damai dihati..."  lagu maher zain beralun merdu menembusi telinga rahman yang sedang diulit mimpi indah diganggu seketika. rahman sekilas memandang pada telefon bimbitnya jam menunjukkan 6.00 pagi. dia segera mencapai tuala dan bingkas ke tandas untuk bersiap bagi menunaikan solat subuh berjemaah di surau berdekatan tamannya.

     "man...oh...man... dah buang tabiat ke apa" tegur emaknya.
     " tak ada apalah emak, saja je hari ni bangun awal...bukan selalu man dapat bangun awal" tersengih keseorangan rahman anak kesayangan maknya itu.sedang air shower suam menghujani tubuhnya. rahman bermonolog di dalam dirinnya sendiri ,"kenapa hari ini aku bangun awal sedangkan sebelum ini emak aku yang selalu kejutkan aku..tetapi kenapa hari ini aku yang bangun sendiri?" soalan yang membawa seribu pengertian dan sejuta rahsia yang tersimpan jauh dilubuk hati. 


     setelah selesai menunaikan solat subuh berjamaah, rahman ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk dihidangkan kepada kedua ibubapanya. "man... sejak bila sudah pandai singgah dapur awal pagi ni...bukan sebelum ini man tidur sampai matahari terpacak atas kepala baru nak bangun sarapan.." bingkas ibunya menyoal rahman yang kelihatan pelik dari hari yang sebelumnya.


    seusai menyediakan sarapan, lantas rahman singgah ke tandas dan mengambil pakain didalam mesin basuh untuk dijemur di pagi hari. rahman berfikir sejenak "kenapa dengan aku ini? padahal sebelum ini semua kerja ini mak aku yang buat? tapi kenapa hari ini aku yang buat semua kerja ini?" tiba-tiba terlintas dibenak fikiran rahman dia umpama sudah buang tabiat. dia jauh merenung ke luar tingkap dan memikirkan bahawa kebiasaanya apabila ada sesuatu yang pelik berlaku kemungkinan sesuatu akan terjadi pada dirinya. lalu air matanya jatuh berguguran bagai tidak disangka. dengan segera rahman berlari anak masuk ke dalam rumah dan memeluk ibunya yang sedang menonton televisyen. 


     "ibu... rah..man nak mintak maaf kalau-kalau sebelum ini rahman ada menyakitkan hati ibu ada menderhaka kepada ibu... am..punkan rahman ibu..." air mata rahman terus mengalir umpama air yang deras. "man... anak mak sorang ini janganlah menangis rahman bukan ke seorang lelaki yang kuat, janganlah menangis, ibu dah lama memaafkan anak ibu, biar banyak mana pun dosa yang pernah anak ibu buat, ibu tidak mahu hanya kerana ibu anak ibu tidak masuk syurga" kata ibunya dengan penuh sayu. "terima kasih ibu..."rahman menangis teresak-esak dengan nada suaranya yang sangkut-sangkut.


     rahman merasakan ibunya merupakan seorang yang hebat dan hanya ada satu dalam sejuta. pada waktu petang ibunya bercadang untuk keluar membeli barang dapur. rahman menemani ibunya sehingga dihadapan pintu. rahman merasakan amat bahagia apabila melihat apabila melihat ibunya tersenyum gembira.

     "ibu..rahman nak cakap i love you ibu...ibulah salah satunya wanita yang rahman sayang." ibunya terkilan dan tersentak dengan kata anaknya itu. "rahman... ibu nak cakap i love you too...dan jaga rumah elok-elok nanti kalau ibu sudah pergi nanti." ibu rahman dengan nada yang begitu gembira dan bersahaja. "ibu jangan cakap macam tu..rahman akan tunggu ibu balik nanti" rahman berkata dengan nada harapan. "jangan risaulah ibu akan pulang" jawab ibunya.


     dua jam selepas ibunya pergi membeli alatan dapur. rahman mendapat satu panggilan dari hospital yang mengatakan bahawa ibunya sudah meninggal didalam satu kemalangan yang menyebabkan pendarahan yang kritikal. rahman menangis dan terus menangis kerana kata-kata ibunya yang mengatakan dia akan kembali ke rumah. 


*****

     pengajaranya hargailah ibu kita selagi mereka masih ada disisi kita. walaupun ibu kita pernah memarahi kita. kerana dia amat sayang kepada anaknya. ibu sanggup menanggung kesakitan semasa melahirkan kita tetapi apa yang kita balas kepada mereka. hanya cukup sekadar dengan keputusan yang cemerlang, hanya dengan kemewahan harta yang sementara yang kita berikan padanya. ingatlah ibubapa tidak mengharap apapun dari seorang anak kecuali ingin melihat anaknya menjadi soleh dan solehah serta mendoakan semasa hidupnya dan selepas matinya. berbaktilah kepada ayah dan ibumu selagi mereka masih wujud dialam nyata sebelum dijemput ke akhirat yang kekal abadi. nasihat buat diri yang lemah dan ingin berubah kearah lebih baik...



Allah berfirman didalam Al-quran maksudnya :- "Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun. Dialah yang memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur." (Surah an-Nahl 16:78)

2 ulasan: