Selasa, 22 Januari 2013

Izinkan Hambamu Meraih Cintamu Ya Allah

sedang aku mencari sesuatu untuk memuhasabah diri..
aku menjumpai sesuatu yang berguna untuk diriku..
aku tidak mengenal erti..
apakah itu erti cinta..
apakah dari manusia yang bernama seorang insan..
atau sekadar bermain di benak fikiran..
sejak semalam aku memikirkan ini..

cinta ini duniawi..
aku juga sedar ianya hanya akan merapuhkan iman yang sedang ku bangunkan..
dan aku tersangat sedar yang cinta ini entah kemana..
mengenangkan diri yang begini..

aku hanya tersenyum, berkata dgn diriku..
sedarkah engkau siapa yang engkau cintai?
dan sedarkah engkau siapakah engkau?
dan sedarkah siapa yang memberi rasa cinta kepada engkau?
Allah aku sungguh sedar...

aku hanya mahukan cintamu Ya Rabb kini..
kerna cintamu adalah cinta hakiki..
bantulah diriku yang lemah ini Ya Allah..
Bimbinglah hatiku yang selalu lalai metaatimu Ya Allah..
izinkan kakiku terus berjalan menuju redha-Mu..
hadirkan kalbuku di setiap sujudku menemui-Mu Ya Allah..
Hamba yang lemah ini memohon kepada-Mu..

******

Firman Allah s.w.t (surah al-Baqarah: 165): Maksudnya: “Ada di antara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan