Pesanan buatmu teman



Temanku..

Aku amat merinduimu..
Ku terkenangkan nostalgia zaman persekolahan..
Disaat kita belajar bersama..
Disaat gembira sama dikongsi..
Disaat sedih sama di pujuk..
Disaat membuat kesilapan sama ditegur..
Disaat berkhilaf sama menyelesaikan..
Kerna kita hidup saling melengkapi..

Temanku..

Allah sengaja menjauhkan kita..
Kerna hanya Dia mengetahui segalanya..
Bukan sekadar untuk bersahaja dan bergurau-senda..
Tetapi secubit ujian pada hambanya..
Agar meningkat iman dan ketakwaan padaNya..
Supaya kita lebih taqarrub dengan Sang pencipta..
Supaya kita mencintaiNya melebihi segalanya..
Dan bersabar serta bertawakkal padaNya..
Bukan hanya pada kata-kata tetapi menzahirkanya..

Temanku..

Tiada yang lebih baik didunia ini selain cinta Allah..
Sekasih guru pada murid..
Kasih lagi suami pada isterinya..
Sekasih ibu kepada anaknya..
Kasih lagi nabi Muhammad pada umatnya..
Sekasih nabi Muhammad s.a.w pada umatnya..
Kasih lagi Allah pada hambanya..

Temanku..

Pernah tak terdetik dihatimu teman merindui pada-Nya..
Sehingga rasa rindumu membuatkan hatimu merasa merana..
Andai pernah merasa manisnya rindu pada Allah..
Kerna ia mampu menggetarkan seketul daging yang bernama hati..
Dirimu tidak mungkin merana karena rindu pada orang lain..
Mari bersamaku mencapai cinta-Nya..

Temanku..

Bersabar dan berdoa itulah yang ku jalani..
Aku yakin " Semua akan indah pada Waktunya "..
kita akan bersatu dalam Naungan Cinta dan Redha-Nya..
Karena kita di ciptakan oleh-Nya berpasang-pasangan ..
Yakinlah pada kuasa dan ketentuan-Nya...

****


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan