Terima kasih ibu


Ibuku..

Tertanam didalam dirimu naluri keibuan jauh dilubuk hati..
Tidak dapat diterjemahkan oleh mata hati..
Kerana pengorbananmu begitu bernilai sekali..
Pengorbananmu tidak boleh dibeli dengan semua nikmat duniawi..
Kerna kesakitan yang telah kau lalui begitu perit sekali..

Ibuku..

Perjalanan hidupmu penuh rintangan..
Dalam menyusuri onak duri kehidupan..
Dibahumu tergalas sebutir beban..
Yang amat berat untuk diungkapkan..
Kerna tanpamu ibu tiadalah kami dibumi yang diterangi bulan..
Diwajahmu terlukis ketenangan yang disulam keindahan..
Namun didadamu penuh rahsia tersimpan..

Ibuku..

Terima kasih yang mampu anakmu ungkapkan kerna melahirkan kami..
Terima kasih yang mampu anakmu ungkapkan kerna membesar dan mengurus kami..
Terima kasih yang mampu anakmu ungkapkan kerna mendidik mengenal agama..
Terima kasih yang mampu anakmu ungkapkan kerna memahami kami..
Terima kasih yang mampu anakmu ungkapkan kerna menyokong kami..
Terima kasih yang mampu anakmu ungkapkan kerna bersabar dengan karenah kami..
Terima kasih atas semua jasamu wahai ibuku..

Ibuku..

Bertakhta dikau dijiwaku..
Kau lah ibu yang tercinta..
Betapa aku mengharap..
Hadirnya restumu ibu..
Membawaku ke syurga..
Bersemi kasih sayang yang berpanjangan..
Darimu insan yang selalu mendoakan kebahagiaan anak-anakmu..
Terima kasih ibu..



*****

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan 
Allah S.W.T. akan memanjangkan umurnya." 
[Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]


 Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:


 "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya 
nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." 
[Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan