10 Perkara Untuk Meraih Bahagia



1. Bangun menjelang fajar menyingsing untuk beristighfar:

"Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur." (surah Al-imran: 17)

2. Menyendiri untuk bertafakkur:

"Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi." (surah Al-imran: 191)

3. Menjalin hubungan dengan orang soleh:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka." (surah Al-kahfi: 28)

4. Berzikir:

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya." (surah Al-Ahzab: 41)

5. Sembahyag dua rakaat dengan khusyuk:

"Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (surah Al-mukminun: 2)

6. Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan:

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran?" (surah An-nisa': 82)

7. Berpuasa pada hari yang sangat panas:

"Meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku." (Hadis nabi)

8. Bersedekah secara sembunyi-sembunyi:
 
"Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya." (Hadis nabi)

9. Meringankan beban seorang islam:

"Sesiapa yang meringankan kesusahan yang dialami seorang islam di dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan pada hari kiamat." (Hadis nabi)

10. Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana:

"Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la: 17)



******


Imam Al Ghazali, orang tua dan kiblat segala tabib jiwa berpendapat bahawa: "Bahagia dan kelazatan yang sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah".


******

 P/s: Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam