Aku tahu...
Jarang-jarang ada orang membuka nota ini...
Kerana itu...
Aku menulis hanya untukku baca...
Siapakah selain aku??
Hanya insan yang mengingatiku...
Tergerak hatinya untuk menatap...
Nukilan: Ummiku tersayang...
******
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi
katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling
patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian
aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”.
Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab,
“Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w
menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan
seterusnya” (Hadis Riwayat Tirmizi)
******
P/s: Temanku...Tetapkan dirimu dalam semangat, kesabaran, redha dan sentiasa tersenyum...
Belajar dan terus belajar, kerana dirimu sedang menimba ilmu...