Hunuskan Durimu






“Aisyah...Aisyah nak tahu tak kenapa seorang wanita perlu menjadi seperti pokok semalu”

“sebab pokok semalu suka malu-malu ke?? kenapa ibu cakap macam tu” soalku.

“bukan, tapi ibu sengaja nak berikan contoh sebab aisyah anak perempuan ibu, ibu nak kongsikan sedikit ilmu dengan aisyah, nak tak?”

“nak..nak.. cerita lah ibu” dengan nada riang manja.

“kenapa ibu ambil contoh pokok semalu sebagai satu contoh kepada aisyah? Sebab pokok semalu mempunyai kelebihannya tersendiri. Perempuan ibarat semalu kerana pokok semalu apabila disentuh ia akan menguncup begitu juga perempuan macam anak ibu ni, semestinya ada sifat pemalu yang tinggi kerana malu merupakan sebahagian daripada iman.”

“owh.. jadinya sifat pemalu mesti ada dalam diri setiap perempuan la ibu.” balasku.

“pandainya anak ibu ni, selain itu pokok semalu mempunyai duri disekeliling tubuhnya. Kita sebagai perempuan tidak boleh jangan mudah tergoda dengan lelaki. Hunuskan duri. Kerana kita ini hanya layak disentuh oleh lelaki yang bernama suami. Solehahkan dirimu wahai anakku. Nanti akan dapat suami yang soleh.” Tegas ibuku.

“betul kata ibu…” aku sedikit tersentuh dengan apa yang diperkatakan oleh ibuku.

“kaum wanita ibarat madarasah. Jika kita persiapkan diri pada waktu sekarang, insya-Allah pada masa hadapan akan melahirkan anak-anak yang berpegang kuat pada agama dan tidak mudah tersadung pada rayuan lelaki durjana.” Ibu tersenyum dengan melihat raut wajahku yang serba salah.

“kenapa ni aisyah? Tidak gembira ke dengan apa yang ibu perkatakan?” soal ibu kepadaku.

“bukan macam itu ibu Aisyah rasa yang aisyah sudah banyak buat silap pada-Nya, kerana dulu aisyah tidak menjaga perhubungan sosial disekolah, tetapi aisyah janji yang aisyah akan menjaga ikhtilat diantara lelaki bagi menjaga maruah aisyah, terima kasih ibu kerana menasihatkan aisyah.” Sayu aku melafazkan kataku.

“ibu nak berpesan pada aisyah, sesungguhnya sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah.  Kita sebagai muslimah jangan berani mencuba menjalinkan hubungan dengan mana-mana pihak lelaki. Dia tidak berhak apapun terhadap kita, kerana dia bukan pun suami kita. Berpacaran mencipta bibit awal keretakan rumah tangga pada masa a kan datang.” Sambung ibu.


  Perbualan antara ibu dan diriku berakhir dengan muhasabah yang begitu menusuk atmaku. Aku bersyukur kerana ibuku menegurku dengan begitu berhikmah sekali.

 “ terima kasih ibu kerana menegur kesilapanku.” Monolog hatiku.



********


"Malu itu tiada kesannya melainkan kebaikan."
 [ HR Bukhari ]







Firman Allah S.W.T:-
“ katakanalah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandanganya, dan kemaluanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasanya, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara peremouan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba-hamsa yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur: 31)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan