Cintaku padamu kerana Allah


Jika Hatiku merindukan seseorang..
Akanku Pejamkan Mataku dan Katakan..


Ya Allah, aku merindukannya keranaMu..
Ya Allah, jauhkanlah aku dari perkara yang bisa membuat aku lupa kepadaMu..
Aku semakin mengerti bahawa jarak ini bukan untuk menghukumku..
Tapi Jarak ini untuk Menjaga aku dan dia..


Aku berjanji untuk berubah menjadi lebih baik..
Aku berjanji untuk Memperbaiki cinta kepada Ilahi..
Aku berjanji untuk Mencintai Penciptaku lebih dari segalanya..
Aku berjanji untuk Mendalami ajaran Islam..


Syukur Ya Allah..
Kerana memberi peluang kepadaku melalui jalanMu ini..
Syukur Ya Rabbi..
kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia..


Kini aku mengejar cinta sejati..
Yang diluahkan pada empunya hati..
Yang tidak hanya pada cinta duniawi..
Tetapi menyeru untuk meraih cinta hakiki..


Ya Allah..
Sekiranya dia baik untuk dunia dan akhiratku..
Maka dekatkanlah dan satukanlah hatiku dengannya..
Tapi sekiranya dia buruk untuk dunia dan akhiratku..
Maka jauhkanlah aku darinya ..

Aamiin..



*****


Allah swt berfirman:- "pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai karena Aku, saling kunjung mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku"(Hadith Qudsi)

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam