"jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman..jika mereka sibuk mencari pasangan, biar kita sibuk mencari keredhaan ...jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam..jika mereka lebih cintakan manusia , biarlah dan sebaiknya kita mencintai ALLAH..dan jika mereka dambakan dunia, dambakanlah akhirat..."
“Jadilah seperti buah epal yang terletak tinggi di
atas pokoknya, yang susah digapai oleh tangan-tangan manusia, jadilah seperti
buah epal yang masak dan segar di sebalik dedaunnya yang menghijau dan sukar
dilihat oleh pandangan manusia. Jadilah seperti epal yang hanya akan di petik
oleh manusia yang ikhlas dan berusaha untuk mendapatkannya dengan penuh
ketakwaan dan keimanan.”“Wanita adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita solehah”
“Aisyah...Aisyah
nak tahu tak kenapa seorang wanita perlu menjadi seperti pokok semalu”
“sebab
pokok semalu suka malu-malu ke?? kenapa ibu cakap macam tu” soalku.
“bukan,
tapi ibu sengaja nak berikan contoh sebab aisyah anak perempuan ibu, ibu nak
kongsikan sedikit ilmu dengan aisyah, nak tak?”
“nak..nak..
cerita lah ibu” dengan nada riang manja.
“kenapa ibu
ambil contoh pokok semalu sebagai satu contoh kepada aisyah? Sebab pokok semalu
mempunyai kelebihannya tersendiri. Perempuan ibarat semalu kerana pokok semalu
apabila disentuh ia akan menguncup begitu juga perempuan macam anak ibu ni,
semestinya ada sifat pemalu yang tinggi kerana malu merupakan sebahagian
daripada iman.”
“owh..
jadinya sifat pemalu mesti ada dalam diri setiap perempuan la ibu.” balasku.
“pandainya
anak ibu ni, selain itu pokok semalu mempunyai duri disekeliling tubuhnya. Kita
sebagai perempuan tidak boleh jangan mudah tergoda dengan lelaki. Hunuskan
duri. Kerana kita ini hanya layak disentuh oleh lelaki yang bernama suami.
Solehahkan dirimu wahai anakku. Nanti akan dapat suami yang soleh.” Tegas
ibuku.
“betul kata
ibu…” aku sedikit tersentuh dengan apa yang diperkatakan oleh ibuku.
“kaum
wanita ibarat madarasah. Jika kita persiapkan diri pada waktu sekarang,
insya-Allah pada masa hadapan akan melahirkan anak-anak yang berpegang kuat
pada agama dan tidak mudah tersadung pada rayuan lelaki durjana.” Ibu tersenyum
dengan melihat raut wajahku yang serba salah.
“kenapa ni
aisyah? Tidak gembira ke dengan apa yang ibu perkatakan?” soal ibu kepadaku.
“bukan
macam itu ibu Aisyah rasa yang aisyah sudah banyak buat silap pada-Nya, kerana
dulu aisyah tidak menjaga perhubungan sosial disekolah, tetapi aisyah janji
yang aisyah akan menjaga ikhtilat diantara lelaki bagi menjaga maruah aisyah,
terima kasih ibu kerana menasihatkan aisyah.” Sayu aku melafazkan kataku.
“ibu nak
berpesan pada aisyah, sesungguhnya sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita
yang solehah. Kita sebagai muslimah
jangan berani mencuba menjalinkan hubungan dengan mana-mana pihak lelaki. Dia
tidak berhak apapun terhadap kita, kerana dia bukan pun suami kita. Berpacaran
mencipta bibit awal keretakan rumah tangga pada masa a kan datang.” Sambung
ibu.
Perbualan
antara ibu dan diriku berakhir dengan muhasabah yang begitu menusuk atmaku. Aku
bersyukur kerana ibuku menegurku dengan begitu berhikmah sekali.
“ terima
kasih ibu kerana menegur kesilapanku.” Monolog hatiku.
********
"Malu
itu tiada kesannya melainkan kebaikan."
[ HR Bukhari ]
Firman Allah S.W.T:-
“ katakanalah kepada wanita yang beriman:
hendaklah mereka menahan pandanganya, dan kemaluanya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasanya, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera
saudara peremouan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba-hamsa yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang yang
beriman supaya kamu beruntung.” (Surah An-Nur: 31)
Sahabat yang ku sayangi ingatlah Allah amat
sayang kepada hambanya. Tatkala kita sedih kembalilah kepada Allah. Tatkala
ditimpa musibah kembalilah pada Allah. Tatkala diuji dengan ujian yang tidak
boleh ditanggung oleh kita kembali lah pada Allah. Bersyukurlah kita kerana
Allah masih sayang kepada hambanya. Allah menguji seseorang hambanya bukan
bersahaja, tetapi dia ingin menguji sejauh mana hambanya boleh bertahan. Di
dalam kitab suci Al-Quran ada menyebutkan, mengapa kita sering diuji???
“Apakah
manusia itu mengira bahawa
mereka
dibiarkan saja
mengatakan;
“Kami telah beriman,”
sedangkan
mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya
kami telah menguji orang-
orang yang
sebelum mereka, maka
sesungguhnya
Allah mengetahui orang-
orang yang
benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui
orang-orang yang dusta.”
~Surah
Al-Ankabut ayat 2-3~
Mengapa semua yang kita idamkan tidak
dapat? Allah sengaja tidak memberi kepada kita secara live atau secara langsung
kerana Dia mahukan hambanya dekat dengan-Nya. Kerana Allah maha mengetahui
setiap sesuatu. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang maha esa
sebaik-baik perancang.
“Boleh jadi
kamu membenci sesuatu
padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula
kamu menyukai sesuatu,
padahal ia
amat buruk bagimu, Allah
mengetahui
sedang kamu tidak
mengetahui.”~Surah
Al-Baqarah ayat 216~
Allah subhanallah taa'la mempunyai sifat
ar-rahman dan ar-rahim sifat maha pengasih dan penyayang.
Dia tidak
akan membebankan seseorang itu dengan sesuatu ujian melainkan hambanya boleh
menggalas bebanan yang diberi dengan kesabaran dan ketabahan agar darjatnya
sebagai seorang hamba Allah meningkat dan taqarrub hatinya pada Sang Pencipta.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya
orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada
kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan
kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat
al-Hakim)
“Allah tidak
membebani seseorang itu
melainkan
sesuai dengan
kesanggupannya.”
~Surah
Al-Baqarah ayat 286~
Tiap kali kita diberi ujian oleh-Nya
janganlah sesekali kita menyerah kalah mahupun berputus asa kerana Allah akan
sentiasa bersama kita. Kuatkanlah dirimu, dan berfikir bagaimana? bagaimana?
dan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu ujian yang diberi oleh-Nya, tanpa
merungut, menyalahkan takdir, apa lagi menyalahkan yang Maha Esa. Ingatlah
sahabatku Allah amat suka kepada hambanya yang kuat dan tabah. Tiada yang lain
yang dapat menolong kita selain Allah.
"Allah
hendak memberikan keringanan kepadamu,
kerana manusia diciptakan (bersifat)
lemah." -Surah An-Nisa', 4: 32-
“janganlah
kamu bersikap lemah, dan
janganlah
pula kamu bersedih
hati,padahal
kamulah orang-orang yang
paling
tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang
yang beriman.”
~Surah
Al-Imran ayat 139~
Bagaimana menghadapi semua ini tanpa
mengeluh, malah masih tersenyum tatkala ujian datang. Semuanya bermula dari
niat. Andai kita sebagai hamba memasang niat ikhlas kepada-Nya. Insya'Allah
bantuan-Nya akan tiba dengan izin dari-Nya. Sentiasalah memperbahrui niat kita
agar berterusan mengingatinya serta banyakkanlah bersabar dalam ujian-Nya.
Bermula dengan kisah rasulullah dan
seorang perempuan tua yahudi. Setiap hari perempuan tua ini akan menaburkan
najis dan duri-duri dijalanan rasulullah menuju ke masjid. Adakalanya kaki
rasulullah berdarah terkena duri-duri yang ditaburkan oleh perempuan yahudi
tadi. Suatu hari apabila rasulullah seperti biasa langkah ke masjid,di
perhatikan tiada duri-duri dan najis di jalanan. Perkara yang sama berulang
beberapa hari sehinggalah rasulullah mendapat berita bahawa perempuan tua itu
telah jatuh sakit. Maka rasulullah tanpa pernah ada rasa dendam menziarahi
perempuan itu dirumahnya. Melihat keadaan perempuan itu yang sakit, tiada
berdaya,rasulullah sendiri membantu dengan membersihkan perempuan itu, bahkan
rasulullah menyuapkan makanan ke mulut perempuan yahudi itu.dengan akhlak
rasulullah yang indah, akhirnya perempuan yahudi itu memeluk islam. Betapa
tingginya sifat kesabaran nabi terhadap karenah umatnya.
Kisah lain yang menceritakan tentang
kesabaran yang tinggi apabila diberikan ujian, Siti Maryam yang hidupnya penuh
zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka
Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini
dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa
tanpa sentuhan dari seorang bapa. Siti Maryam
menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk dan pasrah kepada sang pencipta . Biarpun
sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk
berpaling dari perintah Allah. Tanpa
sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak ,
apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang
dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya . Tatkala
mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan
menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa, "Tuhanku,
apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"? Debaran
semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari
yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui
perantaraan malaikat-Nya, "ALLAH
menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini
akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan
berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian."
Perjalanan
akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan
yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah
Allah. Dalam kalam Allah juga ada menyatakan bagaimana cara menhadapi
dugaan-Nya.
“Wahai
orang-orang yang beriman!
Bersabarlah
kamu (menghadapi segala
kesukaran
dalam mengerjakan perkara-
perkara yang
berkebajikan), dan
kuatkanlah
kesabaran kamu lebih
daripada
kesabaran musuh, di medan
perjuangan),
dan bersedialah (dengan
kekuatan
pertahanan di daerah-daerah
sempadan)
serta bertaqwalah kamu
kepada Allah
supaya, kamu berjaya
(mencapai
kemenangan).”
~Surah
Al-Imran ayat 200~
“Dan
mintalah pertolongan (kepada
Allah)
dengan jalan sabar dan
mengerjakan
sembahyang; dan
sesungguhnya
sembahyang itu amatlah
berat
kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk”
~Surah
Al-Baqarah ayat 45~
Akhir sekali, muhasabahlah diri kita agar
tidak terpesong jauh dari rahmatnya keran dengan muhasabah dirilah kita dapat
melihat kekurangan diri. Maka kelemahan diri itu dapatlah diperbaiki. Selain
itu kita dapat bertaubat serta meninggalkan kisah silam yang gelap dan mulakan
hari seterusnya dengan cahaya nur iman disulamkan cinta kepada Allah. Justeru,
dapat menggelakkan diri kita dari mengulangi perbuatan yang mungkar seterusnya
dapat mengumpul pahala amalan soleh dan yang paling penting sekali dapat
mempersiapkan diri kita menghadap Allah dengan qalbun salim serta bersedia
untuk dijemput dengan kematian. Seperti yang dikalamkan oleh Umar Al-khattab :
"Hitunglah
diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia
ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar,
sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan
muhasabah diri di dunia ini.
Dulu kau kata aku yang kau puja,
Kini aku, kau biarkan terluka,
Dahulu kau kata aku yang kau damba,
Kini aku, kau tinggalkan merana,
Duhulu kau kata aku yang kau cinta,
Kini aku, kau buang sengasara,
Dahulu kau kata aku yang kau sayang sepenuh jiwa,
Kini aku, kau berpaling begitu sahaja,
Tidak mengapa wahai kasih,
Biarpun aku kau biarkan terluka,
Aku masih punya allah yang tidak akan pernah membiarkan aku,
Biarpun aku yang kau tinggalkan merana,
Aku masih ada allah yang tidak akan pernah meninggalkan aku,
Biarpun aku, yang kau buang sengsara,
Aku masih harapkan allah yang tidak akan pernah membuang aku,
Kini aku sedar,
Cinta pada bungakan layu,
Cinta pada manusiakan mati,
Cinta pada Sang pencipta adalah kekal abadi,
Kini aku sedar,
Aku tidak mati hanya kerana janji,
Yang kau mungkiri kerana sesungguhmya aku tidak pernah kau miliki.
Relakah kita berterusan ,
melihat robohnya wanita kini ?
murahnya harga seorang wanita kini .
Bahana iblis dan nafsu ,
wanita ibarat orkestra dunia ,
diwayangkan oleh manusia antagonis ,
aknum hasanah mulai lebur ,
adat kuning menjadi petunjuk wanita kini ,
Wanita penyambung delegasi wawasan ,
tunjang negara waktu hadapan ,
wanita ibarat mutiara dilautan ,
jangan mudah tersadung dipangku rayuan ,
Wanita durjana fitnah dunia ,
wanita solehah hiasan dunia ,
bangunlah wanita semua ,
mahupun syurga ataupun neraka?
Sungguh, tiada lagi kata-kata yang dapat menggambarkan peribadi seorang wanita solehah itu.
Sabda Rasulullah: "Dunia ini penuh perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim)
About Me
FARHAN LIHAN
Hamba Allah
They call me "Anafarhan" because in English the meaning is "im happy". i love to travel and take some awesome picture. Read More
Popular Posts
-
Jika Hatiku merindukan seseorang.. Akanku Pejamkan Mataku dan Katakan.. Ya Allah, aku merindukannya keranaMu.. Ya Allah, jauhkanl...
-
Ya Rabb... Aku amat merinduiMu... Setiap kali aku merinduiMu... Ku merenungi kesuburan tumbuhan... Kerna iman bercambah dek amalan....
-
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah saw. Tertitis airmatanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yg paling dikasihi ole...
Facebook Page
Blogger templates
Dikuasakan oleh Blogger.
Perasaan kalbu
Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhaan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb...
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati...
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Demi sebuah keredhaan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb...
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati...
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Cinta Ilahi Cinta Abadi
"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"
Fitrah Insani
- Cinta jannah
- Hanya insan biasa yang masih mengemis ilmu. meskipun ada dimana-mana ilmu penting dalam kehidupan."ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak akan datang kepada orang yang berbuat maksiat." Seorang yang memerlukan bimbingan dari kawan-kawan, ibubapa, saudara mara, dan yang utama Sang pencipta iaitu Allah yang satu. kerana menuntut ilmu amatlah payah pada awalnya tetapi akan mendapat kemanisan pada akhirnya. Setiap perancangan Allah sunguh hebat dan cantik serta tiada siapa boleh menandinginya....
Followers
Jumlah Pengunjung
Blog Pilihan
-
Semakin Banyak Seseorang Beramal, Semakin?3 tahun yang lalu
-
I CUT APPLE A PARENTING5 tahun yang lalu
-