Cinta seluas langit




Dulu kau kata aku yang kau puja,
Kini aku, kau biarkan terluka,
Dahulu kau kata aku yang kau damba,
Kini aku, kau tinggalkan merana,
Duhulu kau kata aku yang kau cinta,
Kini aku, kau buang sengasara,
Dahulu kau kata aku yang kau sayang sepenuh jiwa,
Kini aku, kau berpaling begitu sahaja,

Tidak mengapa wahai kasih,
Biarpun aku kau biarkan terluka,
Aku masih punya allah yang tidak akan pernah membiarkan aku,
Biarpun aku yang kau tinggalkan merana,
Aku masih ada allah yang tidak akan pernah meninggalkan aku,
Biarpun aku, yang kau buang sengsara,
Aku masih harapkan allah yang tidak akan pernah membuang aku,

Kini aku sedar,
Cinta pada bungakan layu,
Cinta pada manusiakan mati,
Cinta pada Sang pencipta adalah kekal abadi,
Kini aku sedar,

Aku tidak mati hanya kerana janji,
Yang kau mungkiri kerana sesungguhmya aku tidak pernah kau miliki.


Mencari cinta yang sejati itu tidak mudah, menggali pertemuan dengan cinta hakiki itu amat payah, pengorbanan mesti disemai untuk mujahadah, perjuangan yang akan mengajar kita erti penat lelah, kerana matlamat sebuah cinta abadi hanya ada pada Allah.....renung-renungkanlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan