Nukilanku Untukmu


Andai ini yang terakhir sekali,
Ingin sekali ku membahagiakan dirimu,
Andai ini yang terakhir sekali,
Ingin sekali aku mengajakmu mentauhidkan Nya,
Andai ini yang terakhir sekali,
Ingin sekali aku mengajarnya erti islam,


Kerana islam itu indah,
Tidak ternilai nak dibandingkan dengan mutiara di lautan,
Tapi andaiku pergi,
Ingin aku sampaikan salam cintaku,
Buat dirimu yang bergitu berharga bagiku,


Namun jika kau pergi,
Doamu sahaja yang dapatku terima,
Tidak lagi harta dunia yang sementara,
Kerana dunia yang fana hanya ujian semata-mata,
Kita penentu syurga ataupun neraka..




******




Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "ya Allah, berilah aku rezeki cinta Mu dan cinta orang yang bermanfaat buat ku cintanya di sisiMu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku diantara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya Allah, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untuku dalam segala hal yang Engkau cintai." (H R. Al-Tirmidzi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan