Empunya Pujian


Pujian..
Sebuah ungkapan melalui hati lisan..
Diberikan bagi memudahkan sesuatu pekerjaan..
Kerna pujian sifatnya yang menyenangkan..
Terletak didalam hati kerana ia yang menentukan..


Hamba-Nya layak diberi pujian..
Atas kebaikan yang telah diukirkan..
Tidaklah kejahatan yang dilukiskan..


Dengan pujian seseorang itu boleh menjatuhkan..
Dengan pujian boleh melalai alpakan..
Dengan pujian boleh melalui keindahan..
Dengan pujian untuk merealisasikan satu permintaan..
Dengan pujian boleh mengubah sikap seorang insan..


Hanya dengan pujian timbulnya dua jalan..
Membawa ke syurga abadi disulami keindahan..
Mengheret ke neraka dipenuhi kesengsaraan..


Berhati-hatilah dengan pujian..
pujian bukan hanya sekadar hiburan..
Tetapi mencari kebesaran tuhan..
Yang tiada tolok tandingan..


Siapakah yang layak diberi pujian?
Diri kita?
Bukanlah kita tetapi Dia..
Allah sahajalah yang layak disembah..


Tiada tuhan yang layak disembah melainkan-Nya.. 
Basahkanlah bibirmu dengan pujian kepada-Nya..
Bertasbihlah subhannallah..
Bertahmidlah Alhamdulillah..
Bertakbirlah allahuakhbar..


*****



  فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣﴾


 "Fasabbih bhamdi rabbika wastaghfirhu, innahu kaanaa tawwaban" 
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan