Adunlah Hatimu


Aku hanya sebiji kuih...
Resepi mengikut rasa hati...
Pelbagai bahan adunan yang diisi...
Adunan menjadi sedap tidak terperi...


Tetapi dalam pelbagai adunan...
Boleh jadi diadunku menjadi sedap...
Boleh jadi diadunku menjadi hambar...
Kerana diriku diacu mengikut panduan...


Ibarat juga sekeping hati...
Andai ditancap zikir terapi...
Solat sunat sentiasa dilazimi...
Mana mungkin kejahatan bersarang dihati...


Tetapi andai diikut gejolak nafsu serakah...
Maka kharablah semuanya...
Tersungkurlah hati dalam zulmat...
Hanya bintik hitam yang menyelaputi hati...


Duhai hati...
Tanamlah ad-din didalam hati...
Kerna matlamat hati mencari ketenangan abadi...
Pada yang menguasai alam ini...
Agar bercapah integriti di dalam diri...


******



Tiada ulasan:

Catat Ulasan