Rindu Hati Hidayah Dicari

 



      Setelah usai sembahyang di masjid, aku berjalan lalu duduk menyandar ke dinding. Di situ aku melihat  orang ramai sedang beramal untuk menempuh hari akhirat. Hatiku dipaut rasa bersalah atas dosa- dosa silamku. "Andainya malaikat datang mahu menyambut diriku pulang menuju pada yang Esa. Apakah punya masa untukku meminta ampun? Bagaimanakah kalau tidak diterima? Sudah tentu azab neraka yang sengsara pembalasannya". Monolog hatiku bersendirian ditemani sebuah penyesalan.

      Mulutku tidak lenggang dari menyebut nama yang agung. Allah. Dalam diam aku teringin meminta nasihat dari  imam yang mengimamiku solat zohor sebentar tadi. Tetapi diriku dihimpit perasaan malu. Kalaulah aku tidak bertanya aku akan terlepas sebuah fursoh( peluang). Aku tetap menyendiri. Lancar bibirku memuji yang Esa. 

      Tiba-tiba aku disapa oleh seseorang dihadapanku. Mulutku berhenti dari bertasbih. "kaifa hal anta? khair ?" sapanya. "alhamdulillah, khair" sambutku dengan penuh terkejut kerana yang menyapaku imam masjid dikawasan itu. Sedang rancak berbual aku mengambil peluang bagi mengajukan sebuah persoalan kepadanya. "Ma makna tazkiah nafs? hal tazkiah nafs bilqiraati alquran wa zikr aw maujud syai'in akhor?" (apakah makna bersihkan diri? adakah bersihkan diri dengan membaca alquran sahaja dan berzikir, atau adakah cara selain daripada itu?). 

      Imam itu menerangkan padaku bahawa bersihkan hati atau sucikan hati terdapat lima bahagian. antaranya ialah:

1. Bergaul dengan para ulama'

- Maksud disini ialah bukan sahaja bertanyakan pada gurunya akan sesuatu yang tidak diketahuinya. selain dari itu, selalu berhubung dan menjalinkan silaturahim, bermesra, makan bersama, semuanya bersama ulama mengikut adab-adab yang telah disyariatkan oleh islam. 

2. Mencari  seorang kawan yang  memberi nasihat 

-Mencari seorang kawan yang boleh menegur akan kesilapan kita. seperti perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki. seseorang itu selalu bersama kita yang terkadang melihat kesalahan kita. kerana dalam hadis mengatakan " tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri". Dan tidak akan dapat mencintai saudara sebelum dapat mencintai diri sendiri dari melakukan amar maaruf nahi munkar. dan tidak dapat mencintai diri sendiri sehingg mencintai Allah.

3. Membaca bahan bacaan tentang adab dan akhlak

-kerana akan dapat membantu memperbaiki akhlak kita terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

4. Membaca Al-quran dan mentaddabbur

-janganlah kita lupa membaca Al-quran, kerana didalam Al-quran terdapat pelbagai kelebihan dan khasiat didalamnya. kerana Al-quran syafaat seluruh alam.

5. Berdoa

- Yang terakhir sekali adalah berdoa. kerana selepas berusaha maka hendaklah kita bersabar dan berdoa pada yang maha esa.

      Aku bersyukur kerana Allah telah mengerak hati imam itu menanyakan khabar tentang diriku. Aku bersyukur. Alhamdulillah. Itu yang mampu ku ucapkan. Terima kasih Allah. hidayah bukan dinanti tetapi dicari. Kerana setelah berusaha, terus dan terus mencari jangan berputus asa. Kerana janji Allah pasti.

******


"Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)". (hr bukhari dan muslim)



******


P/s: Pesanan buat diriku yang inginku kongsi buat teman seperjuanganku. Kerna diriku ini sering berdosa. Pada yang esa. Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya. Tetapi hambanya yang sombong pada yang mencipta. Inginku kongsikan sebuah hadis. Dari Abu hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w "semua umatku akan masuk ke syurga kecuali yang enggan" , maka bertanya para sahabat " wahai rasulullah siapa yang enggan masuk ke syurga? berkata rasulullah "sesiapa yang mentaatiku maka akan masuk syurga, dan sesiapa yang membuat maksiat kepadaku maka dia enggan" .

1 ulasan: