Nukilan Terindah Buatku...


Aku tahu...
Jarang-jarang ada orang membuka nota ini...
Kerana itu...
Aku menulis hanya untukku baca...
Siapakah selain aku??
Hanya insan yang mengingatiku...
Tergerak hatinya untuk menatap...

Nukilan: Ummiku tersayang...


 ******

Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”    (Hadis Riwayat Tirmizi)

******

P/s:  Temanku...Tetapkan dirimu dalam semangat, kesabaran, redha dan sentiasa tersenyum...
Belajar dan terus belajar, kerana dirimu sedang menimba ilmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan