Ikhtilat




"Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang-pegang, tak ada sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ?" tak orang keluar just for fun."


 Ikhtilat.


      Kalau kita tidak menjaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram atau perempuan bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati. Bila mata suka memandang kepada ajnabi, bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi, bila telinga suka mendengar suara ajnabi, bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi, bila kaki suka melangkah bersama ajnabi, bila diri suka meraih perhatian ajnabi, maka kita akan mudah jatuh hati. Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah. Zina.


      Memohon pada Allah agar dijauhkan dari maksiat zina yang amat dikeji didalam islam. Ya Allah, diakhir zaman ini kami memohon kepadamu agar tanamkan dalam hati kami sifat cinta dan kasih sayang kepada nabi Muhammad s.a.w serta cinta akan perwatakannya yang membuatkan kami jatuh hati pada-Mu. Amin. 


******


Puisi buat diri yang alpa:


mengenali, dikenali tapi tidak mudah didekati...
menyayangi, disayangi tapi tidak mudah dicintai...

ibarat sang pemaisuri...
yang sentiasa terjaga rapi...

apalah guna dikelilingi lelaki dan perempuan...
jika tidak ada seorang pun yang layak dijadikan suami atau isteri...

jadilah seperti sang puteri...
dikenali tapi tak mudah didekati...

kerna Allah suka orang menjaga diri...
hidup dirahmati senang hati...


******

P/s:  Semua manusia tidak terlepas dari buat dosa, tetapi yang baik antaranya adalah orang yang kembali pada-Nya. Setiap dari penulisanku hanya ditulis untuk memperingati diriku yang sering lalai dihanyut akhir zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan