Ujian Yang Bermakna



     Kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tumbuh kembang dan sayap-sayap mengerut. Ia tidak dapat terbang. Seorang kanak-kanak menemui kepompong seekor kupu- kupu. Dia duduk dan mengamati selama beberapa jam kupu-kupu dalam kepompong itu berjuang memaksa dirinya untuk melewati lubang kecil itu. Kemudian, sang kupu-kupu berhenti bergerak. Kelihatan ia sudah berusaha sedaya upaya dan sudah tidak mampu lagi.


     Akhirnya, kanak-kanak itu memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil gunting dan memotong sedikit kepompong itu. Kupu-kupu itu keluar dengan mudahnya. Namun, ia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, serta sayap-sayap yang mengerut. Kanak-kanak tersebut terus mengamatinya, kerana dia berharap pada suatu saat, sayap-sayap itu akn mekar dan melebar sehingga mam pu menopang tubuh si kupu-kupu. Sayang, semuanya tidak akan terjadi.


     Kenyataannya, kupu- kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh kembung dan sayap-sayap mengerut. Ia tidak dapat terbang. Tidak akan pernah . apa yang tidak difahami dari kebaikan dan ketergesaan kanak-kanak tersebut adalah bahawa kepompong yang menghalang dan perjuangan yang diperlukan kupu-kupu untuk melewati lubang kecil terdebut adalah cara tuhan untuk memaksa cairan dalam tubuh kupu-kupu itu mengalir ke sayap-sayapnya. Begitulah, sehingga ia dapat terbang setelah bebas dari kepompong tersebut.


     Kadangkala, perjuangan adalah apa yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan, itu mungkin, malah melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak sekuat seperti sepatutnya kita mampu. Kita mungkin tidak pernah terbang.


*****

“Aku memohon kekuatan, dan tuhan memberiku kesulitan- kesulitan untuk membuat aku kuat.”
“Aku memohon kebijaksanaan, dan tuhan memberiku persoalan untuk diselesaikan.” 
“Aku memohon kemakmuran, dan tuhan memberiku otak dan tenaga untuk bekerja.” 
“Aku memohon keteguhan hati, dan tuhan memberiku bahaya untuk diatasi.” 
“Aku memohon kemurahan dan kebaikan hati, dan tuhan memberiku kesempatan-kesempatan.” 
“Aku tidak memperoleh apa yang aku inginkan, aku mendapat segala yang aku perlukan.”

*****

P/s: Semoga kita dipermudahkan dalam setiap ujian yang akan kita tempuhi, mahupun didunia juga diakhirat.
       salam syabaan sebelum ramadan yang dinanti...

-diambil dari majalah sujud edisi 02-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan