Kerinduan Seorang Sahabat


 
      Petang itu aku sendiri sambil termenung ditepi jendela melihat ghurub matahari diwaktu senja. Ditemani sekumpulan burung yang bermain didahan bersama temanya yang lain. Angin petang mengiwir-ngiwir pipiku. Langit kelam menunggu badilnya matahari dengan bulan. Hatiku terpana dengan keindahan alam . Mengingatkan aku memori zaman persekolahan yang masih segar dalam kotak ingatanku. Dizaman persekolahanku banyak mengajarkanku erti persahabatan.


      Persahabatan itu tidak berlaku secara sendirinya. Kerana perjalanan bersama seorang sahabat amatlah panjang untuk mengenali peribadinya . Ibarat sebatang besi yang diasah sehingga tajam. Begitulah bersahabat sehingga mengerti peribadi seseorang sahabat. Persahabatan ertinya tidak hanya thabat sebagai sahabat kerana dalam persahabatan juga diwarnai dengan suka dan duka , manis dan pahit, disakiti, dicintai, dimarahi, diperhati, dikecewa , didengar, diabai , dibantu, ditolak, ditegur, ditangis, ditolong . Semua itu berlaku secara spontan dan tidak secara automatik. Bukan untuk membenci atau menyalahi tetapi mungkin berlaku ahwal seperti sedemikian untuk memperbaiki persahabatan agar terjalin suasana yang lebih baik diantara kita dan sahabat kita.


      Ketika kita menangis kerana tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah, sahabat kita berbicara pada diri kita. "Tenang la bro.. tangisan kau pada hari ini mungkin memberikan kekuatan pada hari yang akan datang dan membuatkan diri kau lebih tersenyum dihari yang mendatang...". Terkadang ketika kita menyerah dan berputus asa teman kita akan menyatakan " Awak jangan disebabkan kegagalan pada hari ini, awak menyerah...tetapi ingatlah pada hari esok menyediakan peluang yang lebik baik dari semalam, ingat tau awak."


      Kerinduannya seorang sahabat adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kharab kerana dikhianati sahabatnya. Terkadang aku menangis karena tidak ada kata yang mampu jelaskan apa yang diriku rasa. Tapi aku sentiasa terfikir tuk tersenyum kembali dikeesokan harinya. sahabat yang ku rindui pernah katakan padaku percintaan itu tidak mendatang perhubungan yang abadi tetapi persahabatan itu menjalinkan ukhuwah cinta dan persahabatan yang abadi. Terima Kasih Sahabat!!!


*****


Tiada ulasan:

Catat Ulasan