Bait Rindu



Pagi Itu tenang sunyi sepi,
Tiada yang berbunyi,
Awan separa cerah,
Angin bertiup lembut,
Dahan bertasbih memuji ilahi,
Musim dingin berlalu pergi,
Aku tetap disini,
Menulis bait aksaraku sendiri,


Biarlah airmata luncur laju dipipi,
Bukan sedih kerana dihina manusiawi,
Tetapi memori gembira bahagia sebak rindu cinta sayang bercampur sebati,
Menerjemah lukisan hati,
Mungkin ia bahasa sanubari,
Atau masih puisi hati,


Sekudus doa meniti dibibir,
Dititip buat pengubat rindu,
Dan pemilik jiwa nan sepi,
Dimamah kisah hidup duniawi,
Yang alpa dan lalai ini,


Bait ini tetap bait cinta,
Coretan ini masih coretan rindu,
Hati ini masih mengangkat sebuah rasa,
Yang sempurna bila terukir namamu.


******






Tiada ulasan:

Catat Ulasan