Izinkan Aku Bercinta



Menulis tentang cinta,
Hanya pada manusia,
Menulis tentang cinta,
Mengapa pada manusia?
Menulis tentang cinta,
Bukankah Allah lebih utama?
Bukankah Rasul lebih layak menerima?


Aku tidak melarang kisah cinta,
Tapi aku takut!
Takut mereka bercinta,
Langsung putus asa,
Kerna cinta lebih dari pencipta,
Perintah Allah mereka alpa,
Rasulullah terus dilupa,
Amalan wajib sambil lewa,
Hanya kerana cinta manusia!


Aku juga ingin bercinta,
Lumrah aku sebagai hamba,
Tapi tuhan belum mengizinkanya,
Andai bisa mungkin sudah bersedia,
Andai aku bercinta,
Aku tidak mahu cintaku ke neraka,
Andai aku bercinta,
Aku tidak mahu dia jatuh sengsara,
Andai aku bercinta,
Cukup Allah menjadi panduan kita,
Andai aku bercinta,
Cukuplah satu yang setia,
Ya Allah! Jika ku bersedia,
Izinkan aku bercinta...

7.17AM
09JAN16
Tarim, Hadramawt.


*****








Tiada ulasan:

Catat Ulasan