Kau Yang Satu



Aku tidak pernah berlari,
Tiada pula ingin pergi,
Aku tiada rasa bosan dihati,
Kerna aku yakin pada ilahi ,
Dan sebab itu aku berdiri ,


Aku tahu jodoh itu rahsia ,
Aku tahu mati tiada tentu masa ,
Aku tidak tahu hidup sampai bila ,
Kerna aku tahu itu sirr yang Esa ,
Aku hamba mendamba cintaNya ,


Apa salahnya aku mencuba ,
Andai punya peluang kedua ,
Tapi bukan sekarang waktunya ,
Kerna aku seorang pendosa ,
Aku ingin berhijrah padaNya,


Dalam diamku ,
Aku ingin perbaiki diriku ,
Dalam sepi penulisanku ,
Aku ingin tumpu pada yang satu,
Yang cintaNya tiada pernah ragu,


Apa kau marah dalam diamku?
Apa kau benci penghijrahanku?
Aku harap tidak begitu ,
Aku berharap kita bersama berhijrah ,
Menuju ke syurga lillah,


Usah bersedih hati ,
Andai ditakdir bersama lagi ,
Biar jauh pergi tetap kembali ,
Kenangku pada ilahi ,
Kerana Allah pemilik hati ,


Cukup satu dalam sejuta ,
Tiada dua dalam bercinta ,
Hanya satuku pinta ,
Cerita semua kisah kita ,
Tentang aku kau pada Dia.



*****






Tiada ulasan:

Catat Ulasan