Tuhan Tahu Tangismu


Tidak semua yang kau harap,
bisa menjadi dengan senang,

Ada yang kau mahu,
tuhan bilang yang itu ,
kau tidak perlu.

Ada yang kau tak mahu,
tuhan bisik yang itu,
kau paling perlu.

Tenang-tenang sayang,
bukan tuhan tidak tahu kau,
sedang menangis tersedu-sedan.

Malah tuhan sedang merindu,
sama sosok dirimu itu,
tersenyumlah sayang,
walau mata kau sering saja merah,
pipi kau terus membasah-basah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan