Sejatinya CintaMu Ya Allah


Wahai teman-temanku…

      Apakah jawapan akan kita jawab jika ditanya : “Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia dikala kita susah bersama, dikala kita riang dia gembira, dikala salah saling-menasihati, dan bila berjanji ia tepati dan bagaimana ku dapat temukan pasangan hidup yang setia?” kupercaya bahawa soalan ini mudah bermain difikiran tapi bagaimana pula dengan cara perlaksanaanya…

Bagiku seorang pemburu cinta…

      Dia ibarat seorang yang berada di atas gunung yang segar di sebuah kebun strawberry yang kemerahan luas kawasanya. Ditemani suara burung berkicauan. Alam terbentang luas ciptaan tuhan. subhanaAllah indahnya. Impiannya ingin mencari sebiji buah strawberry yang paling cantik dan sifat diantara sekian buah-buahan yang tidak terkira banyaknya.

      Dia berjalan dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada sebiji strawberry yang dirasakan paling cantik dan menarik minatnya terhadap strawberry tersebut, hatinya mula berkata : “Nanti dulu ! strawberry di depan tu masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dan menarik dari ini…”

      Lalu, strawberry itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya, tanpa disedari dia pun sudah sampai ke hujung kebun tersebut, namun tiada sebiji strawberry pun yang ada di dalam genggamanya…

      Untuk berpaling ke belakang dan mencari kembali dia sudah keletihan, kerana kebun itu cerun ke atas, sedang masanya sudah banyak terbuang tanpa satu penghasilan…

Inilah realiti hidup…

      Justeru dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik dihadapan, kerana jika itu yang kita lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan. Tetapi ingatlah cinta Allah adalah cinta hakiki, marilah bersama mengejar cinta hakiki, kerana ia cinta yang abadi. Cinta yang benar, para sahabat sanggup berkorban demi agama yang mereka sanjungi. Cinta palsu hanya sanggup membunuh diri dengan rela hati tanpa ada rasa simpati pada diri. Ayuh, temanku bersama kita mengenal erti cinta sejati hanya pada Ilahi. Cinta High class mujahadah melawan nafsu.

      Teruslah menggapai cinta dan redha allah, peganglah pedoman rasulullah, insyaAllah berjaya didunia dan akhirat.





******


      Riwayat dari Abdullah bin Abbas ra, berkata, Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Cintailah Allah atas anugerah nikmat yang diberikan kepadamu, dan cintailah aku karena cinta kepada Allah, dan cintailah keluargaku karena mencintaiku." (Hr. At-Tirmidzi dan al-Hakim)



P/s : Alhamdulillah dapat menyiapkan satu penulisan yang agak ringkas, hasil idea dari Nukilanku Untukmu  dan sekadar peringatan untuk diri saya yang sering terlena mengikut arus akhir zaman. Waallahualam. Kullumin indi' llah, semua datang dari Allah. Terima kasih Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan