Mungkinkah RedhaNya Akanku Capai?

 

      Semilir petang yang berhembus begitu mendamaikan. Rumput-rumput kehijauan terbentang luas menyedapkan permandangan mata di petang hari. Ditemani kicauan burung yang mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dikemudian harinya.

Amat menyenangkan...

"SubhanAllah... begitu indah sungguh ciptaan yang telah engkau berikan kepada kami..." monolog Nadia bersendirian. Sedang mengamati keindahan alam flora, tiba-tiba diusik oleh segenap suara di penjuru padang.
Dania bergegas mendapatkan suara itu. 

"Ya Allah, Aisyah... kenapa awak nangis sendirian ni?"soal Nadia dengan penuh simpati.

"Nadia...saya ada masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan sendiri..." air matanya terus mengalir ibarat air yang deras.

"Kenapa Aisyah? cubalah story dengan saya apa masalah awak.." Nadia memaksa Aisyah untuk berkongsi apa yang dialami oleh dirinya.

      Aisyah mengesat air matanya, lalu menyusun bait-bait yang ingin dikeluarkan dari mulutnya. 

"Nadia... Saya menyesal kerana tidak didedahkan semua ini sejak dari awal lagi. Ilmu saya tentang ad-din sungguh cetek. Jua, saya juga akan menyesal seandainya melepaskan hidayah dan kesedaran Allah berikan kepada saya ketika ini. Tidak timbul sebenarnya soalan apakah saya menyesal apabila turun ke medan untuk memperbaiki diri ini yang selalu alpa terhadap suruhan olehNya. Jika dinilai daripada keduniaan, ya... orang akan nampak saya terlalu banyak alami kerugian. Tetapi, apabila mengenagkan akhirat, saya tidak akan berundur kembali." kata-kata aisyah yang begitu semangat sekali seraya tangan digenggam kemas menandakan pertuturanya itu seolah-olah tidak boleh dipadam kembali.

" Aisyah... kadang kala, kita merasakan hidup ini terlalu kecil untuk menghadapi tidak sedikit ujian hidup dan perjuangan hidup yang akan datang. Tapi, saya selalu ingat pesanan ibu dan ayah. Ujian adalah suatu kemestian. Perlu berani menghadapinya. Apakah kita perlu larut dalam ujian yang menimpa? saya bersyukur kerana tarbiyah yang saya kutip bersama keluarga, guru-guru, masyarakat sekeliling. Memang benar adakalanya saya dapat rasakan akan rebah dengan ujian-ujian yang menimpa ini. Namun, Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk kita teruskan perjuangan ini." balasnya dengan penuh pengajaran.

"Terima kasih Nadia  Benarlah kata nabi dan agama. Ujian seseorang itu  berdasarkan iman yang dimiliki. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi dugaan yang paling berat. Namun, baginda tidak pernah berhenti daripada melakukan amal ibadat. Malah, meneruskan perjuangan menyebarkan ajaran islam sehingga kita dapat merasakannya pada hari ini." sambung Aisyah menambah keyakinannya terhadap dirinya sendiri.

"Nadia..." suaranya mendatar seketika.

"aisyah berharap andai tiba masa saya dijemput Izrail, Allah akan terima amalan saya. Cuma saya takut andai dunia dan isinya akan menghanyutkan saya daripada mengingatiNya. Itulah ketakutan saya," sayu suara Aisyah penuh pengharapan dan kepasrahan.

"Ingatlah Aisyah setiap jiwa pasti akan diuji. saya pun akan diuji. Ujian bukan semudah yang kita sangka, kerana ia datang dalam pelbagai bentuk. Tidak hanya berhadapan dengan 1001 gelagat manusia, iblis juga tidak pernah sunyi dalam menghulur godaan. Namun, hati mestilah cekal, tabah, dan bersabar dalam setiap dugaan yang diberikan kepada hambanya kerana ia pasti akan dibimbing Ilahi." kalam Nadia menyuntik semangat Aisyah untuk terus yakin pada agama Allah. Kerana janji Allah itu pasti.

      Akhirnya, pertemuan Nadia dan Aisyah menyingkap selautan keinsafan dan pengajaran. Aisyah berjalan berseorangan dan merenung sejenak kisah nostalgianya yang tidak akan diulanginya.

Aisyah bermonolog di dalam hati.

"Sungguh aku cemburu akan tangisanku. Mengapa susah sekali untuk aku merasai kemanisanya? Ya Allah, berilah aku tangisan taubat, agar aku tidak akan pernah jauh dariMu. Ya Rahman. Supaya aku sentiasa berada di dalam rahmatMu. Ya Quddus, hingga ke akhir hayatku. Sungguh Ya Allah aku amat merindui tangisanku padaMu." Air mata keinsafan kembali menitis akhirnya.



******




"Daripada Said bin Abi Waqqash r.a, beliau berkata : "aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cubaanya? Baginda menjawab : Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka, seseorang itu akan diuji menurut agamanya merupakan yang kuat, maka cubaanya juga berat. Dan apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cubaan itu menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkanya berjalan diatas bumi dan tiada satu kesalahan pun pada dirinya."  


P/s : Renungan buat diri saya yang masih lemah dalam mencari erti kasih sayang Allah disebalik 1001 dugaan yang menimpa. Ingatlah, rahmat disebalik dugaan untuk menguji sejauh mana iman hambanya terhadap ujian Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan